Friday 21 September 2012

KEMAHIRAN MENDENGAR

Langkah perlaksanaan

Langkah 1
Ø  Guru memaparkan video ucapan perayaan kepada murid- murid.
Ø  Guru meminta murid untuk mendengar dengan teliti ucapan tersebut dan meminta murid- murid untuk memberi ucapan perayaan berpandukan bahan ransangan yang diberikan.
Tujuan
Ø  Meningkatkan kemahiran mendengar murid- murid melalui ucapan  dan kemahiran komunikasi melalui ucapan yang disampaikan.
* VIDEO 
   Langkah 2
Ø  Guru memaparkan teks “Sambutan Tahun Baru Cina “dan minta beberapa orang murid membaca teks tersebut.
Ø  Murid diminta untuk menyenaraikan isi- isi penting berdasarkan teks yang dibaca oleh rakan mereka.
Tujuan
Ø  Meningkatkan kemahiran mendengar melalui aktiviti menyenaraikan isi- isi penting teks.
*TEKS [ klik pada URL ]
 
Langkah 3
Ø  Guru menayangkan gambar tiga perayaan utama kaum di Malaysia.
Ø  Tiga orang murid diminta bercerita tentang hari perayaan yang disambut oleh kaum masing- masing.
Ø  Kemudian murid diminta untuk membuat karangan yang bertajuk “ Sambutan Hari Raya Di Malaysia” berdasarkan cerita oleh rakan mereka.
* GAMBAR [ klik pada URL ]

No comments:

Post a Comment