RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Tarikh : 15 April 2012
Masa : 9.30 pagi – 10.00 pagi
Tahun : 1 Cempaka
Bilangan murid : 20 0rang
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Kebersihan Diri
Tajuk : Bilik Mandi
Hasil pembelajaran
Pada akhir pelajaran murid dapat :
i. Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam teks.
ii. Mengeja perkataan dengan betul berdasarkan bahan rujukan.
iii. Mencirikan gambar dengan kegunaannya dengan betul.
Fokus utama :
Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji.Aras 1 : merujuk kamus bergambar untuk meneliti ejaan daripada perkataan yang didengar.
Fokus sampingan:
Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks.
Aras 1 : menyatakan maksud lambang dan simbol yang diberi bagi sesuatu gambar.
Kemahiran bahasa : mengeja, memahami dan bertutur.
Sistem bahasa : i. Ejaan
ii. sebutan dan intonas
iii. Kosa kata
pengisian kurikulum : Ilmu : sains
:Nilai : kebersihan fizikal dan mental
: Kemahiran berfikir : mengenal pasti dan mencirikan
: Kemahiran belajar : mengumpul maklumat.
Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik
Bahan bantu mengajar : gambar, LCD, komputer
Langkah / masa
|
Isi pelajaran
|
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
|
Catatan
|
Set induksi
( 5 minit )
|
Contoh soalan :
Adakah kamu mengosok gigi pagi tadi?
Berapa kali dalam sehari kamu megosok gigi?
Berapa kali kamu mandi sehari?
|
1. Guru bersoal jawab dengan murid.
2. Guru menayangkan lirik lagu “ bangun pagi “
3. Guru meminta murid menyanyikan lagu tersebut berserta gaya.
|
BBM
LCD, teks
Nilai
Keberanian
|
Langkah 1
( 8 minit )
|
Mengeja:
Berus gigi
Syampu
Tuala
Sabun
Ubat gigi
Baldi
Span
Gayung
|
1. Guru menayangkan 8 gambar alatan membersihakan diri.
2. Guru meminta murid menamakan alatan tersebut.
3. Guru meminta murid mengeja gambar alatan yang di pamerkan dengan merujuk kamus bergambar.
4. Guru menyemak ejaan murid.
|
BBM
Kamus bergambar, LCD projektor, komputer.
KBKK
Mencirikan
Menjana idea
Nilai
Kegigihan
Keberanian
|
Langkah 2
( 8 minit )
|
Menyatakan kegunaan alatan
Berus gigi
Syampu
Tuala
Sabun
Ubat gigi
Baldi
Span
Gayung
|
1. Guru menayangkan gambar alatan membersihkan diri.
2. Guru meminta murid menyatakan secara lisan kegunaan alatan tesebut.
3. Guru memberikan latihan kepada murid.
|
BBM
Lcd projektor, komputer, gambar.
KBKK
Mencirikan
Mengenal pasti fakta
Nilai
Rasional
Kebersihan mental dan fizikal
|
Langkah 3
( 6 minit )
|
Rujuk lampiran
|
1. Guru menayangkan lirik lagu “bangun pagi “ kepada murid.
2. Guru meminta murid mengisi tempat kosong soalan yang diberikan
3. Guru menyemak jawapan bersama- sama murid.
|
BBM
Teks, lcd projektor
KBKK
Menyusun atur
Menjana idea
Nilai
Rasional
Berdikari
|
Penutup
( 3 minit )
|
1. Guru menyimpulkan isi pelajaran pada hari ini.
2. Guru menerapkan nilai- nilai murni kepada murid supaya menjaga kebersihan diri.
|
Nilai
Kebersihan mental dan fizikal
kerajinan
|
No comments:
Post a Comment