Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
1.1 Menggunakan web, video,
audio, dan imej
1.1.1 Menggunakan
laman web.
Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo,
Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google.
Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu
bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu
menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet,
maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula
jadi.
Contoh alamat pembekal maklumat internet:
www.yahoo.com
www.yahoo.co.uk
Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak
pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, kliwww.yahoo.com.my
www.google.comk pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang
hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada
Youtube dengan menaipkan www.youtube.com
.Lihat contoh di bawah.
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah
mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut
dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat
turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube
downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan
Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih
dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah.
Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan
sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.
Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik.
Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1,
buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke
dalam folder yang berkaitan.
1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan
bahan pengajaran bahasa Melayu.
Untuk mendapatkan bahan daripada
internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak
pencari. Sila lihat contoh di bawah.
Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda
akan diberikan pilihan seperti yang berikut.
Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” +
“masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti
“resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan
yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu
pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa
Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang
telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.
Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti
yang anda perlukan.
1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet
boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat
prosedur di bawah.
1.3.1 Alamat Internet
Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan
halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian
alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik
copy.
Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan.
Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail
Word.
Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali
sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan
beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.
Alamat Internet.
Wajik
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wajik
Karipap
http://ms.wikipedia.org/wiki/Karipap
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y
Menambah Nilai Buku
=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm
Jangan Biar Penjenayah Gugat Hak Anak Kita
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm
Tangani Kemelut Kejiranan di Kawasan Bandar
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm
Modus Operandi Terciptanya Bangsa Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm
Memperkasa Pantun Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm
Bergaya Dengan Teknologi Nano
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm
Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm
Pantun Melayu
http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-m.htm
1.3.2 Katalog Alamat Internet.
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana
katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan
menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman
berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk
URL
Sinopsis
Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di
atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di
bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang
berikutnya.
Katalog Alamat Internet
Tajuk
Peribahasa Melayu
URL
http://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/simp.php?pageNum_simpulan=2&simpulan_abjad=a
Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai
peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah
di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.
Tajuk
Seni Tenun Melayu
URL
http://culture.melayuonline.com/?a=c3VUL29QTS9VenVwRnRCb20%3D=
Sinopsis
Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara.
Tajuk
Tatabahasa : Kata Nama
URL
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm
Sinopsis
Laman sesawang mengenai kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh
penggunaan kata nama.
Tajuk
Tatabahasa : Penjodoh Bilangan
URL
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/pjodoh.htm
Sinopsis
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan
jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan
seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.
Tajuk
Pakaian Tradisional
URL
http://www.alambina.net/images/sintang_traditional.jpg
Sinopsis
Gambar mengenai pakaian tradisional di Malaysia
Tajuk
Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
URL
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/sp_hsp.htm
Sinopsis
Laman sesawang yang memuatkan segala maklumat mengenai Pusat Perkembangan
Kurikulum. Laman ini juga ada menyediakan kemudahan memuat turun sukatan
pelajaran dan huraian sukatan pelajaran bagi semua matapelajaran.
Tajuk
Pusat Perkembangan Kurikulum
URL
http://www.ppk.kpm.my/
Sinopsis
Laman ini memuatkan pelbagai maklumat yang boleh di dapati seperti huraian
sukatan pelajaran bagi semua matapelajaran.
Tajuk
Ayat Inti
URL
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ainti.htm
Sinopsis
Laman sesawang mengenai ayat inti contoh dan penggunaan yang betul.