Pictures of Butterflies

Thursday, 2 August 2012

TAJUK 1(BMM 3105):PENGGUNAAN ENJIN PENCARIAN BAHAN BAHASA MELAYU


MINGGU 1: PENGGUNAAN ENJIN PENCARIAN BAHAN BAHASA MELAYU

Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu

1.1      Menggunakan web, video, audio, dan   imej

1.1.1   Menggunakan laman web.

Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.

Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.

Contoh alamat pembekal maklumat internet:

www.yahoo.com
www.yahoo.co.uk


Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, kli
www.yahoo.com.my
www.google.com
k pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com .Lihat contoh di bawah.

Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan

Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.

Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.

1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.

Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.

Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.

Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.

Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.

Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.

Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.

 

1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

1.3.1 Alamat Internet
Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.

Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.

Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali
sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.

Alamat Internet.
Wajik
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wajik

Karipap
http://ms.wikipedia.org/wiki/Karipap
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y
Menambah Nilai Buku
=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Jangan Biar Penjenayah Gugat Hak Anak Kita
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

Tangani Kemelut Kejiranan di Kawasan Bandar
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Modus Operandi Terciptanya Bangsa Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

Memperkasa Pantun Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm

Bergaya Dengan Teknologi Nano
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm

Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

Pantun Melayu
http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-m.htm

1.3.2 Katalog Alamat Internet.
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.

Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:

Tajuk
URL
Sinopsis

Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.

Katalog Alamat Internet


Tajuk
Peribahasa Melayu

URL
http://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/simp.php?pageNum_simpulan=2&simpulan_abjad=a
Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.


Tajuk
Seni Tenun Melayu

URL
http://culture.melayuonline.com/?a=c3VUL29QTS9VenVwRnRCb20%3D=
Sinopsis
Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara.


Tajuk
Tatabahasa : Kata Nama

URL
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm
Sinopsis
Laman sesawang mengenai kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama.


Tajuk
Tatabahasa : Penjodoh Bilangan
URL
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/pjodoh.htm

Sinopsis
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.

Tajuk
Pakaian Tradisional
URL
http://www.alambina.net/images/sintang_traditional.jpg
Sinopsis
Gambar mengenai pakaian tradisional di Malaysia

Tajuk
Sukatan Pelajaran & Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
URL
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/sp_hsp.htm
Sinopsis
Laman sesawang yang memuatkan segala maklumat mengenai Pusat Perkembangan Kurikulum. Laman ini juga ada menyediakan kemudahan memuat turun sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran bagi semua matapelajaran.

Tajuk
Pusat Perkembangan Kurikulum

URL
http://www.ppk.kpm.my/
Sinopsis
Laman ini memuatkan pelbagai maklumat yang boleh di dapati seperti huraian sukatan pelajaran bagi semua matapelajaran.

Tajuk
Ayat Inti
URL
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ainti.htm
Sinopsis
Laman sesawang mengenai ayat inti contoh dan penggunaan yang betul.

No comments:

Post a Comment